Wednesday, November 24, 2010

Sediakan peruntukan beli baldi di Parlimen

Dalam duduk berdiskusi, air tiba-tiba air mencurah di lantai lobi. Aduh! Apalah nasib. Basahlah kot, basahlah rambut, nasib baik tak pakai rambut palsu. Kalau tidak tercabut, mahu dijadikan muka depan akhbar.

Inilah lagi masalah berulang, tempat berkumpulnya ramai kepala-kepala menteri kita. Masalah bocor di tempat berhimpun kepala-kepala menteri pun tak dipandang berat, manakan pula masalah rakyat. Kos penyelenggaraan sebelum bocor yang terbaru ni, sudah berapa agaknya. 7 Mei 2008 sudah bocor lagi, 28 April 2005 saja sudah menelan kos sehingga RM100 juta.

Itu baru bocor, belum roboh lagi. Jangan jadi seperti stadium runtuh pula. Gah dibina, runtuh tiba-tiba. Siapa nak jawab bila orang bertanya, yang itu tuding yang di sana, yang di sana tuding yang di sini. Tanyalah empat jari lagi yang menuding diri tu.

Silalah usulkan di Parlimen nanti, paling tidak pun kumpulkan dana bagi membeli baldi untuk digunakan di Parlimen. Letakkan syarat baru mungkin, gunakan payung di dalam bangunan.

Pepatah mengatakan mungkin..

* SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM PARLIMEN BOCOR LAGI. 
* Ku sangkakan hujan di tengahari, tapi bocor lagi. 

No comments:

Post a Comment