Wednesday, November 24, 2010

Kabinet dan Ombak

Kabinet bakal dirombak dan itu hanya khabar angin?  

Petikan dari  http://malaysiakini.com/news/148833--- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata satu laporan akhbar kononnya beliau akan mengadakan rombakan kabinet dan pilihan raya umum dalam masa terdekat ini adalah khabar angin semata-mata.

"Biasalah, Malaysia tidak pernah sunyi daripada khabar angin dan laporan," kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas merasmikan Forum Pemimpin Perniagaan Global 2010 di Kuala Lumpur hari ini apabila ditanya mengenai laporan itu yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris semalam.

Laporan itu, yang tidak memetik sebarang sumber, menyebut bahawa rombakan itu adalah bagi membolehkan Najib membentuk satu pasukan yang kuat untuk membantu beliau melaksanakan dasar ekonomi dan trasformasi yang beliau perkenalkan menjelang pilihan
raya umum ke-13 nanti.


memang Malaysia tidak pernah sunyi dari khabar angin dan laporan kerana rakyat Malaysia masih prihatin terhadap nasib dan masa depan generasi kini dan akan datang. Kita perlu ambil tahu hal Kabinet. Suarakan suara rakyat. Bukan janjikan omong-omong kosong taktala berkempen.

Sejauh mana waktu nak dirombak ya Datuk Seri.? Kuat tak kuat barisan Kabinet cubalah lihat pada ombaknya. Jangan jadi resmi ombak dan pantai, "Sekali ombak menghempas, sekali pesisir pantai berubah ". Kalau diubah makin kukuh tidak mengapa. Tapi jikalau hempasnya ombak, goyah pasir dan pesisir dipijak, mana nak bertapak.

Lihat sajalah Tsunami yang tak kita semua duga, sekali terdampar dan menderu ombaknya, terbengkalai nyawa, harta, dan segalanya, baik di darat mahupun di laut. Binalah bentengnya dulu di pantai, tanamlah bakau di pesisir, supaya tak terjelopok dan terjelus dek kerapuhan pasir disebabkan ombak.

Dalam memimpin kita perlu terpimpin dan sedia untuk dipimpin. Jangan cepat melatah.

No comments:

Post a Comment