Sunday, December 5, 2010

‎...kalo samy velu..tak payah nama tukar jadik suhaimi..kalo chua soi lek.... tak payah tukar jadik salleh........


" ‎...kalo samy velu..tak payah nama tukar jadik suhaimi..kalo chua soi lek.... tak payah tukar jadik salleh........". 


Itulah dialog Najib pada ucapan beliau dalam satu majlis. Apa halnya Najib? Nak tukar, tukar sajalah. Mana tahu diorang nakkan nama glamour. 


Iyalah. Perhatikanlah signboard-signboard yang ada di Malaysia ni sendiri, semuanya nak ikut nama Mat Salleh. Kononnya mahu komersilkan sedikit nama bangunan, jalan-jalan di Malaysia. Huh. Pergilah ke luar negara, ada ke nama jalan di sana "JALAN MAT SENTOL, JALAN MINAH JOYAH" ? Janganlah diikutkan sangat, iya tak? 

Lihat sajalah nama orang kita sekarang ni, unsur-unsurnya harus glamour. Nama dalam IC Maimunah binti Jantan, nama glamour atau convert Mai a.k.a Moon. Takkanlah tak nak macam tu , iya tak. Malu dengan nama Melayu atau bangsa sendiri? 

Nama tak penting, yang penting apa yang ada dalam hati dan pendirian. 

Tengok pemimpin dan cara kita dipimpin, baru kita tahu corak acuan kita. 

Takkan mungkin kuih bahulu jadi kuih bahulu kalau acu kuih goyang / ros yang kita pakai. 

Wednesday, November 24, 2010

Sediakan peruntukan beli baldi di Parlimen

Dalam duduk berdiskusi, air tiba-tiba air mencurah di lantai lobi. Aduh! Apalah nasib. Basahlah kot, basahlah rambut, nasib baik tak pakai rambut palsu. Kalau tidak tercabut, mahu dijadikan muka depan akhbar.

Inilah lagi masalah berulang, tempat berkumpulnya ramai kepala-kepala menteri kita. Masalah bocor di tempat berhimpun kepala-kepala menteri pun tak dipandang berat, manakan pula masalah rakyat. Kos penyelenggaraan sebelum bocor yang terbaru ni, sudah berapa agaknya. 7 Mei 2008 sudah bocor lagi, 28 April 2005 saja sudah menelan kos sehingga RM100 juta.

Itu baru bocor, belum roboh lagi. Jangan jadi seperti stadium runtuh pula. Gah dibina, runtuh tiba-tiba. Siapa nak jawab bila orang bertanya, yang itu tuding yang di sana, yang di sana tuding yang di sini. Tanyalah empat jari lagi yang menuding diri tu.

Silalah usulkan di Parlimen nanti, paling tidak pun kumpulkan dana bagi membeli baldi untuk digunakan di Parlimen. Letakkan syarat baru mungkin, gunakan payung di dalam bangunan.

Pepatah mengatakan mungkin..

* SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM PARLIMEN BOCOR LAGI. 
* Ku sangkakan hujan di tengahari, tapi bocor lagi. 

Kabinet dan Ombak

Kabinet bakal dirombak dan itu hanya khabar angin?  

Petikan dari  http://malaysiakini.com/news/148833--- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata satu laporan akhbar kononnya beliau akan mengadakan rombakan kabinet dan pilihan raya umum dalam masa terdekat ini adalah khabar angin semata-mata.

"Biasalah, Malaysia tidak pernah sunyi daripada khabar angin dan laporan," kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas merasmikan Forum Pemimpin Perniagaan Global 2010 di Kuala Lumpur hari ini apabila ditanya mengenai laporan itu yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris semalam.

Laporan itu, yang tidak memetik sebarang sumber, menyebut bahawa rombakan itu adalah bagi membolehkan Najib membentuk satu pasukan yang kuat untuk membantu beliau melaksanakan dasar ekonomi dan trasformasi yang beliau perkenalkan menjelang pilihan
raya umum ke-13 nanti.


memang Malaysia tidak pernah sunyi dari khabar angin dan laporan kerana rakyat Malaysia masih prihatin terhadap nasib dan masa depan generasi kini dan akan datang. Kita perlu ambil tahu hal Kabinet. Suarakan suara rakyat. Bukan janjikan omong-omong kosong taktala berkempen.

Sejauh mana waktu nak dirombak ya Datuk Seri.? Kuat tak kuat barisan Kabinet cubalah lihat pada ombaknya. Jangan jadi resmi ombak dan pantai, "Sekali ombak menghempas, sekali pesisir pantai berubah ". Kalau diubah makin kukuh tidak mengapa. Tapi jikalau hempasnya ombak, goyah pasir dan pesisir dipijak, mana nak bertapak.

Lihat sajalah Tsunami yang tak kita semua duga, sekali terdampar dan menderu ombaknya, terbengkalai nyawa, harta, dan segalanya, baik di darat mahupun di laut. Binalah bentengnya dulu di pantai, tanamlah bakau di pesisir, supaya tak terjelopok dan terjelus dek kerapuhan pasir disebabkan ombak.

Dalam memimpin kita perlu terpimpin dan sedia untuk dipimpin. Jangan cepat melatah.